Dalam ketiga-tiga cara, wang sewa masuk terus ke akaun anda. KutipSewa tidak memegang wang penyewa dan tidak ambil potongan atas sewa.
Bila Excel atau buku sudah cukup
- Anda ada satu unit dan penyewa yang sama bayar tepat masa setiap bulan.
- Anda selesa dengan formula dan suka susun laporan sendiri.
- Anda ada lebih daripada 10 unit. KutipSewa dibina untuk 2–10 unit/bilik, jadi ia bukan pilihan yang sesuai.
- Anda perlukan ramai staf log masuk sendiri. Buat masa ini setiap akaun KutipSewa ada satu log masuk.
Jika itu anda, teruskan dengan Excel. Alat percuma kami boleh bantu kerja yang Excel tak buat: penjana resit sewa dan mesej peringatan sewa WhatsApp.
Bila app jimat masa
- Anda sewakan rumah bilik atau beberapa rumah, dengan tarikh bayar yang berbeza.
- Anda selalu tertanya "siapa belum bayar bulan ni?" dan perlu skrol chat untuk cari bukti bayaran.
- Penyewa minta resit untuk rekod mereka, dan anda masih tulis tangan.
- Aduan kerosakan tenggelam dalam chat group rumah.
Berpindah tidak perlu taip semula: di Tambah ramai penyewa, salin baris dari Excel atau Google Sheets dan tampal terus.
Soalan lazim
Excel cukup untuk urus sewa rumah?
Ya, untuk ramai tuan rumah dengan satu atau dua unit dan penyewa yang bayar tepat masa. Anda masih perlu taip peringatan, buat resit dan kira caj lewat sendiri setiap bulan.
Boleh pindahkan senarai penyewa dari Excel ke KutipSewa?
Boleh. Di Tambah ramai penyewa, salin baris dari Excel atau Google Sheets (nama, no telefon, sewa, bilik) dan tampal. Semak senarai, kemudian simpan.
Boleh keluarkan data dari KutipSewa ke Excel?
Boleh. Laporan pendapatan sewa boleh dimuat turun sebagai fail CSV yang dibuka dengan Excel, dan ada eksport data setiap penyewa.
Adakah KutipSewa hantar peringatan secara automatik?
Tidak. KutipSewa sediakan senarai peringatan setiap hari dengan mesej siap ditulis; anda tekan sekali untuk hantar dari WhatsApp anda sendiri.
Wang sewa masuk ke akaun siapa?
Terus ke akaun bank atau DuitNow anda sendiri, sama seperti sekarang. KutipSewa tidak memegang wang penyewa dan tidak ambil potongan atas sewa.
Berapa kos KutipSewa berbanding Excel?
Google Sheets percuma. KutipSewa RM29 sebulan untuk sehingga 5 unit/bilik atau RM49 sebulan untuk sehingga 10, dengan percubaan percuma 14 hari tanpa kad.